Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat
Rakan Kongsi mendidik Anak jadi Insan Rabbani
Dunia di tangan Akhirat di hati
4 BINTANG STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
Kenapa pilih SMIHBP untuk anak anda?
Anak remaja anda memerlukan suasana yang kondusif dan serta proses pendidikan yang baik untuk meneroka dan mengembangkan sahsiah diri mereka.
Kami membantu anda dalam proses mentarbiah anak-anak sehingga dapat melengkapkan ciri-ciri Insan Rabbani.
Tidakkah anda mahukan anak anda menjadi seorang hamba ALLAH yang tulus, berkemampuan tinggi serta berciri kepimpinan?
Pelaburan
Holistik
TEKNOLOGI
Bagaimana kami usahakan wawasan ini...
Sistem tarbiah murid yang tersusun
seorang murid : satu ipad
aktiviti kokurikulum sehingga peringkat antarabangsa
sistem sokongan guru yang baik
Pendekatan Rahmah
Pembangunan Kepimpinan Murid
Apa kata ibu bapa dan Murid?





Mata Pelajaran Tingkatan 1-3
KSSM
Bahasa Melayu
English
اللغة العربية
Matematik
Sains
Geografi
Sejarah
Asas Sains Komputer
REKA BENTUK TEKNOLOGI
PJK
Diniah IKRAM Musleh
Hafazan
Tilawah
Tafsir
Hadis
Sirah
Fiqh
Mata Pelajaran Tingkatan 4-5
Teras (WAjib)
Bahasa Melayu
English
Matematik
Sejarah
WAjib di Hidayah
اللغة العربية
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Hafazan
Tilawah
Pilihan Pakej A
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Pilihan Pakej B
Sains
Tutorial Matematik
Tutorial PQS
Tutorial PSI
Tambahan Quran
Berminat Memasukkan Anak ke SMIH BP?
Klik pautan di bawah untuk memohon
Ada Kemusykilan?
Tanya kami di sini
Berkenaan Kemasukan
Tuan/puan boleh klik di pautan ini:
Mohon daftar untuk anak anda sekarang.
Kami akan menghubungi pihak tuan/puan dengan maklumat lanjut sekiranya permohonan daftar untuk anak tuan/puan diterima.
Surat tawaran akan dikeluarkan bagi anak-anak yang berjaya memohon masuk.
Ya. Kini permohonan asrama sudah dibuka. Sila buat permohonan di pautan ini: Mohon Daftar Asrama.
Tempat yang dibuka di asrama adalah terhad untuk tahun 2024. Penempatan akan diberikan keutamaan yang pada yang mohon awal dan tinggal jauh daripada SMI Hidayah Pasirris BP.
Boleh.
Tuan/puan boleh memohon asrama untuk anak tuan/puan pada bila-bila masa dengan syarat masih ada tempat kosong.
Ini bermaksud sekiranya tempat untuk asrama sudah penuh, kami tidak boleh menerima permohonan baharu.
Berkenaan Perjalanan Sekolah
Anak-anak akan bersekolah bermula jam 7:50 pagi setiap hari. Namun begitu pagar sekolah akan dibuka pada jam 7:00 pagi.
Pada hari Isnin hingga Rabu, waktu pulang adalah pada jam 4:30 petang.
Pada hari Khamis, waktu pulang adalah pada jam 5:30 petang.
Pada hari Jumaat pula, waktu pulang adalah pada jam 12:10 tengahari, untuk memberikan ruang murid pergi ke solat Jumaat.
Boleh. Warden dan murid asrama ada di sekolah.
Murid yang awal boleh ke kelas atau bersama-sama dengan murid asrama.
Bagi murid SMIH BP, tiada konsep transit. Murid boleh pulang lewat daripada sekolah.
Sementara waktu, murid boleh turut serta dengan aktiviti murid asrama atau berusaha untuk mencapai sasaran-sasaran amalan Ramadan.
Murid boleh membeli terus di kantin. Mohon ibu bapa sediakan wang saku secukupnya untuk anak makan atau sediakan bekal.
iPad tersebut dibeli oleh pihak tuan/puan melalui sekolah. Jadi iPad tersebut adalah milik anak tuan/puan.
Namun kami meletakkan default untuk murid menyimpan iPad di bilik iPad sekolah. Sekiranya tuan/puan ingin anak-anak menggunakan iPad untuk belajar di rumah, sila hantarkan komunikasi bertulis kepada pengetua.
Pun begitu, kami menyarankan untuk tuan/puan meletakkan ground rules / peraturan di rumah berkenaan dengan penggunaan peranti internet seperti iPad. Ini dalam usaha mendidik anak untuk berdisiplin dan beradab dalam penggunaan peranti.
Boleh rujuk jadual harian asrama sebagai contoh.
Tuan/puan boleh rujuk di sini:
Pakaian Murid SMI Hidayah Pasirris, BP.
Berkenaan tingkah laku murid
Proses pendidikan anak-anak sangat memerlukan kepada biah solehah atau suasana yang baik. Ini menjadi sukar sekiranya ada yang membawa budaya tidak baik ke sekolah.
Maka kami memandang berat mana-mana kesalahan tingkah laku murid yang bercanggah dengan budaya soleh yang ingin dihidupkan disekolah.
Tuan-puan boleh rujuk peraturan sekolah di sini:
Berkenaan Kurikulum dan Kokurikulum
Di SMIH BP, kami sangat mengambil berat tentang perkembangan akademik anak-anak.
Oleh itu, kami mengambil langkah-langkah untuk memastiakan kualiti pembelajaran murid sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa. Antara inisiatif kami ialah:
- Melaksanakan program Upskilling bagi guru-guru.
- Melaksanakan program Personalized Learning bagi murid-murid di mana setiap murid adalah laluan pembelajaran sendiri.
- Meneroka pembelajaran dibantu teknologi dengan iPad serta aplikasi-aplikasi pendidikan dalam iPad.
- Melaksanakan latih tubi terbeza untuk murid-murid yang bakal menghadapi SPM.
- Mewujudkan scoreboard bagi setiap murid untuk setiap subjek bagi melihat tahap penguasaan mengikut bab.
- Menetapkan sasaran perkembangan murid secara bertahap menggunakan sistem headcount.
Itu adalah beberapa inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan anak-anak di SMIHBP berkembang pengetahuan dan ilmu secara sihat.
Ya. Di SMIH BP, kami sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan potensi diri masing-masing.
Murid juga berpeluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan sebagai wakil sekolah di pelbagai peringkat termasuk antarabangsa. Sebagai contoh Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh – Antarabangsa 2022 di mana SMIH BP telah menghantar 28 penyertaan.
Para murid juga diberikan tugasan dan tanggungjawab di sekolah sebagai medan untuk membina kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
Murid juga perlu menggotai dan menggerakkan pasukan KRSM SMIH BP, kelab sukan atau permainan pilihan mereka dan kelab atau persatuan pilihan mereka.
Kami bertujuan untuk melahirkan Insan Rabbani; manusia yang dekat dengan ALLAH, berilmu dengan ilmu yang benar, beramal dengan amalan yang betul, berakhlak dengan akhlak yang mantap dan memimpin dengan wibawa dan kemahiran.
Berkenaan Yuran
Tuan/puan boleh rujuk di sini untuk maklumat yuran:
Maklumat Yuran SMIHBP.
Yuran dibayar melalui sistem pengurusan murid kami, ASIS. Tuan/puan boleh capai di sini:
ASIS – Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.
- Tuan / puan klik pautan di atas.
- Pilih “Parent”.
- Masukkan nombor kad pengenalan / passport tuan/puan.
- Masukkan kata laluan* tuan / puan.
- Login.
- Pilih “fee”.
- Pilih sesi.
- Klik “pay” pada semua item yang tuan / puan hendak bayar.
- Klik “process payment” di sebelah kanan atas skrin.
- Teruskan pembayaran di SenangPay dan Bank tuan / puan sehingga selesai.
* Sekiranya tuan / puan belum pernah login maka tidak tahu kata laluan, tuan / puan boleh klik “forgot password” untuk tetapkan kata laluan. Maklumat penetapan semula akan dihantar kepada email tuan / puan yang didaftarkan ketika mendaftar anak.
Berkenaan iPad | Digital Learning
Sejak tahun 2022, kami telah melaksanakan pembelajaran yang menggunakan platform pendidikan Apple untuk pembelajaran digital di dalam kelas.
Setiap murid dikehendaki untuk memiliki Apple iPad untuk tujuan ini.
Penggunaan iPad adalah untuk membuka peluang untuk pengayaan pembelajaran murid dengan aplikasi-aplikasi seperti Phet, GeoGebra, Brilliant, dan banyak lagi.
Di samping itu, laluan pembelajaran murid dijejak dengan alat LMS seperti di portal SMIHBP Learn.
Murid juga dapat menggunakan iPad untuk menghasilkan produk pembelajaran multimedia; contohnya rakaman suara untuk semakan sebutan, pembentangan melalui suntingan video, sumbang saran dengan menggunakan aplikasi papan putih dalam talian seperti Miro, dan banyak lagi aplikasi penggunaan iPad dalam kelas.
Ya.
Tuan/puan boleh mendapatkan diskaun di kedai Switch dengan surat akuan murid Pusat Pendidikan Hidayah.
Bermula tahun 2024, SMIHBP menggunakan buku-buku latihan bagi mata pelajaran yang memerlukan. Murid juga dikehendaki untuk menyediakan buku nota bagi mencatat refleksi dan nota mereka berkenaan mata pelajaran tersebut.
IPad pula digunakan sebagai alat bantu pembelajaran sepertimana disebutkan dalam soalan “Adakah setiap murid perlu ada iPad?”
Berkenaan Asrama
4:30 – Tamat waktu persekolahan, solat ‘Asar. iPad diletakkan di Charging Station.
5:00 – Aktiviti sukan / riadah.
6:00 – Khidmat diri dan makan malam.
7:00 – Persiapan Maghrib / Mathurat
7:30 – Solat maghrib, Quran dan tazkirah
8:30 – Solat Isya’
9:00 – Prep. iPad boleh digunakan dengan pemantauan warden.
10:00 – iPad dipulangkan kepada warden. Persiapan untuk esok dan tidur.
10:30 – Lights out.
Tuan/puan boleh rujuk di Taqwim Asrama SMIH BP untuk dapatkan jadual outing dan balik kampung.
Pada hujung minggu juga, murid disusun dengan aktiviti-aktiviti khas asrama, termasuk riadah, gotong royong dan belajar.
Di samping itu, murid juga dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti istimewa asrama, seperti memancing, sembelih ayam dan bakar, program dengan orang kampung, hiking dan seumpamanya.
Berikut adalah senarai keperluan asrama:
- Pakaian dan keperluan sekolah.
- Pakaian solat setiap hari (baju Melayu / jubah / telekung).
- Pakaian harian secukupnya.
- Kasut hitam sekolah.
- Kasut sukan.
- Selipar harian.
- Kemeja berkolar.
- Seluar slack (banin sahaja)
- Kemeja T asrama.
- Mushaf Quran.
- Botol air.
- Cadar katil single tanpa corak
- Bantal dan sarung bantal
- Selimut
- Alatan mandi peribadi
- Sabun basuh bajuBaldi / bakul baju kotor.
- Selimut
- Penyangkut baju / hanger
- Ubatan peribadi
- Mushaf / Qur’an