SMIHBP Campus
Pendaftaran Sesi 2026 Kini Dibuka

Rakan Kongsi Mendidik Anak Jadi Insan Rabbani

Rakan Kongsi anda dalam mendidik anak menjadi hamba Allah yang bertaqwa, berilmu, dan berwibawa di Batu Pahat.

Standard Kualiti IKRAM Musleh

Kenapa Pilih SMIHBP?

Kami menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak remaja anda meneroka dan mengembangkan potensi diri selaras dengan fitrah.

Standard Kualiti IKRAM Musleh

Diiktiraf dengan 4 Bintang Standard Kualiti IKRAM Musleh, menjamin kualiti pendidikan yang tinggi dan syumul.

Pendidikan Insan Rabbani

Manusia yang bertaqwa, berilmu (Ilmiyyah), beramal (Amaliyyah), berakhlak (Khuluqiyyah), dan memimpin dengan wibawa.

Digital Learning (iPad)

Peneraju pembelajaran digital dengan inisiatif Satu Murid Satu iPad sejak 2022 untuk pengayaan ilmu.

Personalized Learning

Setiap murid mempunyai laluan pembelajaran sendiri dengan sistem headcount dan scorecard yang teliti.

Falsafah Pendidikan

Mengenal Insan Rabbani

Insan Rabbani bukan sekadar seorang yang baik, malah ia merujuk kepada individu yang mencapai kecemerlangan menyeluruh di sisi Allah S.W.T. Ia adalah matlamat utama dalam Falsafah Pendidikan Islam kami.

Hamba yang Taat (A'bid)

Fokus pada ibadah dan penyucian jiwa (Tazkiyah).

Khalifah Allah (Khalifatullah)

Memimpin dan mengurus dunia dengan syariat Allah.

Pembangun Tamadun (A'mir)

Memakmurkan bumi dan menyampaikan dakwah.

11 Konstruk Peribadi

Jasmani yang Cergas
Qalbu yang Sejahtera
Rohani yang Teguh
Aqidah yang Benar
Ibadah yang Betul
Akhlaq yang Mulia
Ilmu yang Luas & Mendalam
Hikmah yang Ketara
Kepimpinan yang Berwibawa
Dakwah yang Istiqamah
Rahmatan Lil A'lamin
33
Orang Alumni
100+
Orang Murid
14
Orang Guru
6+
Tahun Sejak Tertubuh

Apa Kata Ibu Bapa & Murid?

"Sekolah Hidayah... mungkin lebih sikit pelaburan, tapi dengan return yang kita dapat... dengan 'soft skill' yang anak kita akan dapat... Jadi saya rasa berbaloi dengan nilai pelaburan [itu]."

Dr Noran Azizan
Dr Noran Azizan
Bapa Murid
Hartinie Abd Aziz
Hartinie Abd Aziz
Ibu Murid (Screenshot Testimoni)

"Personally, apa yang saya rasa Sekolah Hidayah itu adalah sekolah yang memberikan integration / balance between dunia dan akhirat. Dan itu saya nampak amat penting untuk membentuk peribadi anak saya."

Dr Herdawatie Abdul Kadir
Dr Herdawatie Abdul Kadir
Ibu Murid

"Saya rasa guru-guru SMIH ni, mengajar daripada hati. Sesetengah orang "terpaksa" mengajar, jadi "suka hati la, kau nak faham ke taknak faham ke, suka hati." Tapi yang saya nampak guru-guru di SRIH dan SMIH ni, mengajar dia memang... ikhlas. Even anak-anak saya pun dia akan ingat. Anak saya akan balik cerita, "Mama, tadi ustaz cerita kisah nabi ni..." Pada saya, kalau dia berjaya cerita balik dia boleh cerita maknanya sampailah, meresap [di] hati dia."

Dr Salawati
Dr Salawati
Ibu Murid

"Ana suka belajar di SMIH sebab SMIH mendidik kepimpinan dan kemahiran ana untuk bercakap di hadapan."

Khaulah al-Azwar
Khaulah al-Azwar
Murid
Murid SMIHBP

Soalan Lazim (FAQ)

Segala maklumat yang anda perlukan tentang pendaftaran, asrama, dan kehidupan sekolah di SMIHBP.

Soalan anda belum terjawab? Kami sedia membantu anda.

Hubungi Kami

Kemasukan

Bersedia Untuk Masa Depan Anak Anda?

Sertai keluarga besar SMIHBP dan berikan pendidikan terbaik yang mengimbangi dunia dan akhirat untuk anak anda.