Guru-guru SMI Hidayah Pasirris BP, mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia dan penuh dengan keberkahan ini. Semoga semua anak-anak murid yang dikasihi dapat berusaha untuk meraih sebanyak mungkin kelebihan yang ALLAH sediakan dalam bulan Ramadan.
Terdapat DUA sasaran besar yang ditetapkan untuk antum capai:
Solat Tarawih
sekurang-kurangnya 8 rakaat ditambah 3 witir
Satu Juzu' Satu Hari
Berusaha untuk membaca satu juzu' al-Quran setiap hari sehingga khatam
Semoga ALLAH mempermudahkan bagi antum. Dan semoga ALLAH memberkati Ramadan kita semua dan menjadikannya bulan di mana kita semua mendapat keampunan dan rahmah ALLAH.
Amin!
—
Us. ‘Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi
Penyelaras Pembangunan Insaniah
SMI Hidayah Pasirris Batu Pahat