Sekolah Menengah Islam
Hidayah Pasirris
Batu Pahat
Siapa Kami?
SMIH BP secara ringkas
Sekolah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat adalah cawangan Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru yang merupakan sekolah swasta Islam sejak 1989 bagi sekolah rendah dan 1995 bagi sekolah menengah.
Sekolah ini diasaskan dengan tujuan untuk melahirkan insan rabbani, iaitu insan yang sangat menitik beratkan hubungan dengan ALLAH dalam urusan dunia dan akhirat serta mampu memimpin masyarakat.
Inisiatif SMIH BP
satu Murid satu apple iPad
Professional Learning Community (PLC)
Pendekatan Rahmah kepimpinan wibawa
Mengapa Pilih SMIH BP?
Keistimewaan SMIH BP
Kami Ibu Bapa Seperti Anda
Cabaran Zaman Moden
Bina Kekuatan Dalaman
Didik anak dengan kekuatan dalaman dan kejelasan pemikiran. Di sinilah kami boleh bersama anda dalam usaha ini. Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat menekankan pembinaan sahsiah sebagai keutamaan tanpa meninggalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Tarbiah dan Pembinaan Sahsiah
proses dan teras
Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat (SMIH BP) percaya bahawa pendidikan adalah proses pembinaan dan pengembangan potensi manusia ataupun juga disebut tarbiah.
Pembinaan Ilmu dan Kemahiran Berfikir
Praktikal Melalui Wasilah Tarbiah
Kemahiran dan Kepimpinan
Mata Pelajaran Tingkatan 1-3
KSSM
Bahasa Melayu
English
اللغة العربية
Matematik
Sains
Geografi
Sejarah
Asas Sains Komputer
PJK
Seni
Diniah IKRAM Musleh
Hafazan
Tilawah
Tafsir
Hadis
Sirah
Fiqh
Mata Pelajaran Tingkatan 4-5
Teras (WAjib)
Bahasa Melayu
English
Matematik
Sejarah
WAjib di Hidayah
اللغة العربية
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Hafazan
Tilawah
Pilihan Pakej A
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Pilihan Pakej B
Sains
Tutorial Matematik
Tutorial PQS
Tutorial PSI
Tambahan Quran
Ada Kemusykilan?
Tanya kami di sini
Berkenaan Kemasukan
Tuan/puan boleh klik di pautan ini:
Mohon daftar untuk anak anda sekarang.
Kami akan menghubungi pihak tuan/puan dengan maklumat lanjut sekiranya permohonan daftar untuk anak tuan/puan diterima.
Surat tawaran akan dikeluarkan bagi anak-anak yang berjaya memohon masuk.
Ya. Kini permohonan asrama sudah dibuka. Sila buat permohonan di pautan ini: Mohon Daftar Asrama.
Tempat yang dibuka di asrama adalah terhad untuk tahun 2024. Penempatan akan diberikan keutamaan yang pada yang mohon awal dan tinggal jauh daripada SMI Hidayah Pasirris BP.
Boleh.
Tuan/puan boleh memohon asrama untuk anak tuan/puan pada bila-bila masa dengan syarat masih ada tempat kosong.
Ini bermaksud sekiranya tempat untuk asrama sudah penuh, kami tidak boleh menerima permohonan baharu.
Berkenaan Perjalanan Sekolah
Anak-anak akan bersekolah bermula jam 8:00 pagi setiap hari. Namun begitu pagar sekolah akan dibuka pada jam 7:30 pagi.
Pada hari Ahad hingga Rabu, waktu pulang adalah pada jam 4:30 petang.
Akhir sekali pada hari Khamis, waktu pulang adalah pada jam 1:30 petang. Melainkan murid yang terlibat dengan mesyuarat kokurikulum – biasanya sehingga mesyuarat tamat (antara 2:30-3:00 ptg).
Boleh. Warden dan murid asrama ada di sekolah.
Murid yang awal boleh ke kelas atau bersama-sama dengan murid asrama.
Bagi murid SMIH BP, tiada konsep transit. Murid boleh pulang lewat daripada sekolah.
Sementara waktu, murid boleh turut serta dengan aktiviti murid asrama atau berusaha untuk mencapai sasaran-sasaran amalan Ramadan.
Murid boleh membeli terus di kantin. Mohon ibu bapa sediakan wang saku secukupnya untuk anak makan atau sediakan bekal.
iPad tersebut dibeli oleh pihak tuan/puan melalui sekolah. Jadi iPad tersebut adalah milik anak tuan/puan.
Namun kami meletakkan default untuk murid menyimpan iPad di bilik iPad sekolah. Sekiranya tuan/puan ingin anak-anak menggunakan iPad untuk belajar di rumah, sila hantarkan komunikasi bertulis kepada pengetua.
Pun begitu, kami menyarankan untuk tuan/puan meletakkan ground rules / peraturan di rumah berkenaan dengan penggunaan peranti internet seperti iPad. Ini dalam usaha mendidik anak untuk berdisiplin dan beradab dalam penggunaan peranti.
Boleh rujuk jadual harian asrama sebagai contoh.
Tuan/puan boleh rujuk di sini:
Pakaian Murid SMI Hidayah Pasirris, BP.
Berkenaan Kurikulum dan Kokurikulum
Ya. Di SMIH BP, kami sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan potensi diri masing-masing.
Murid juga berpeluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan sebagai wakil sekolah di pelbagai peringkat termasuk antarabangsa. Sebagai contoh Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh – Antarabangsa 2022 di mana SMIH BP telah menghantar 28 penyertaan.
Para murid juga diberikan tugasan dan tanggungjawab di sekolah sebagai medan untuk membina kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
Murid juga perlu menggotai dan menggerakkan pasukan KRSM SMIH BP, kelab sukan atau permainan pilihan mereka dan kelab atau persatuan pilihan mereka.
Kami bertujuan untuk melahirkan Insan Rabbani; manusia yang dekat dengan ALLAH, berilmu dengan ilmu yang benar, beramal dengan amalan yang betul, berakhlak dengan akhlak yang mantap dan memimpin dengan wibawa dan kemahiran.
Berkenaan Yuran
Tuan/puan boleh rujuk di sini untuk maklumat yuran:
Kalkulator Yuran Pusat Pendidikan Hidayah 2023.
Sila pilih Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.
Tuan/puan boleh rujuk di sini untuk maklumat cara pembayaran yuran:
Cara Membayar Yuran Pusat Pendidikan Hidayah 2023/2024.
Sila pilih Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.
Berkenaan iPad | Digital Learning
Sejak tahun 2022, kami telah melaksanakan pembelajaran yang menggunakan platform pendidikan Apple untuk pembelajaran digital di dalam kelas.
Setiap murid dikehendaki untuk memiliki Apple iPad untuk tujuan ini.
Buku teks akan digantikan dengan buku teks digital dan aktiviti di dalam kelas akan mempergunakan teknik hibrid fizikal dan digital untuk keberkesanan dalam pembelajaran.
Ya.
Tuan/puan boleh mendapatkan diskaun di kedai Switch dengan surat akuan murid Pusat Pendidikan Hidayah.
Buat 90% kelas tidak. Bakinya adalah untuk membiasakan murid tingkatan 4-5 untuk menulis di kertas sebagai persiapan untuk menghadapi SPM.
Berkenaan Asrama
4:30 – Tamat waktu persekolahan, solat ‘Asar. iPad diletakkan di Charging Station.
5:00 – Aktiviti sukan / riadah.
6:00 – Khidmat diri dan makan malam.
7:00 – Persiapan Maghrib / Mathurat
7:30 – Solat maghrib, Quran dan tazkirah
8:30 – Solat Isya’
9:00 – Prep. iPad boleh digunakan.
10:00 – iPad dipulangkan kepada warden. Persiapan untuk esok dan tidur.
10:30 – Lights out.
Tuan/puan boleh rujuk di Taqwim SMIH BP untuk dapatkan jadual outing dan balik kampung.
Berikut adalah senarai keperluan asrama:
- Cadar katil single
- Bantal dan sarung bantal
- Alatan mandi peribadi
- Sabun basuh baju
- Baldi
- Selimut
- Penyangkut baju / hanger
- Pelitup muka (face mask)
- Botol air
- Ubatan peribadi
- Hands sanitizer
- Selipar harian
- Keperluan solat
- Pakaian harian secukupnya
- Kasut sukan
- Pakaian dan keperluan sekolah
- Mushaf / Qur’an