Pakaian
Di SMIHP BP, murid memakai beberapa jenis pakaian seragam, bergantung pada hari persekolahan. Rujuk jadual pakaian untuk menentukan pakaian yang mana dipakai pada hari apa.
Di bawah adalah senarai pakaian SMIHP BP.
Seragam Sekolah
Banin/Lelaki:
Kemeja putih berlengan panjang, seluar slack berwarna perang gelap, tali pinggang hitam/gelap, bertali leher logo SMIH, stokin dan kasut hitam.
Banat/Perempuan:
Tudung labuh putih, baju kurung kuning langsat bercekak di pergelangan tangan, stongan, kain perang gelap, stokin dan kasut hitam.
Pakaian Sukan / PJK
Banin/Lelaki:
Kemeja-T SMIHP BP, seluar track hitam, stokin dan kasut sukan.
Banat/Perempuan:
Tudung labuh hitam, kemeja-T muslimah SMIHP BP, seluar track hitam, stokin dan kasut sukan.
Pakaian Latihan KRS / Kokurikulum
Banin/Lelaki:
Beret hijau KRS Musleh, kemeja-T KRS Musleh (lengan panjang), seluar track hitam, stokin hitam dan kasut hitam.
Banat/Perempuan:
Beret hijau KRS Musleh, tudung labuh hitam, kemeja-T KRS Musleh stail muslimah, seluar track hitam, stokin hitam dan kasut hitam.