Sekolah Menengah Islam

Hidayah Pasirris

Batu Pahat

Dunia di tangan Akhirat di hati

Siapa Kami?

SMIH BP secara ringkas

Sekolah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat adalah cawangan Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru yang merupakan sekolah swasta Islam sejak 1989 bagi sekolah rendah dan 1995 bagi sekolah menengah.

Sekolah ini diasaskan dengan tujuan untuk melahirkan insan rabbani, iaitu insan yang sangat menitik beratkan hubungan dengan ALLAH dalam urusan dunia dan akhirat serta mampu memimpin masyarakat.

Inisiatif SMIH BP

satu Murid satu apple iPad

Professional Learning Community (PLC)

Pendekatan Rahmah kepimpinan wibawa

Mengapa Pilih SMIH BP?

Keistimewaan SMIH BP

20200101_100715

Kami Ibu Bapa Seperti Anda

Kami juga ibu bapa seperti anda. Kami memahami bahawa dalam dunia moden ini, untuk mendidik anak remaja menjadi muslim yang tulen merupakan suatu cabaran yang memerlukan kepada pengorbanan.
photo_2022-01-28_07-55-05

Cabaran Zaman Moden

Telefon bimbit, permainan video, YouTube, Tik Tok, Instagram, media sosial yang pelbagai, dan banyak lagi perkara bersaing dengan anda untuk mempengaruhi anak anda. Menghalang tidak mudah. Cabaran ini datang dari segenap arah seluruh dunia terus ke hujung jari anak-anak.
Murid di bangunan RJ

Bina Kekuatan Dalaman

Didik anak dengan kekuatan dalaman dan kejelasan pemikiran. Di sinilah kami boleh bersama anda dalam usaha ini. Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat menekankan pembinaan sahsiah sebagai keutamaan tanpa meninggalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Tarbiah dan Pembinaan Sahsiah

proses dan teras

Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat (SMIH BP) percaya bahawa pendidikan adalah proses pembinaan dan pengembangan potensi manusia ataupun juga disebut tarbiah.

Pembinaan Ilmu dan Kemahiran Berfikir

Diterapkan melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kelas. Elemen ini menggabungkan kurikulum kebangsaan KSSM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum diniah oleh IKRAM-MUSLEH.

Praktikal Melalui Wasilah Tarbiah

Program-program pembentukan sahsiah yang praktikal untuk melengkapkan kefahaman dan membantu proses merubah kefahaman kepada amalan.

Kemahiran dan Kepimpinan

Melengkapkan pembangunan potensi, membina daya tahan, kemahiran mengurus dan kerja berpasukan selain kemahiran memimpin melalui aktiviti kokurikulum dan KRS.

Berminat Memasukkan Anak ke SMIH BP?

Klik pautan di bawah untuk memohon

Jauh? Perlukan Asrama?

Klik pautan di bawah untuk memohon

Ada Kemusykilan?

Tanya kami di sini

Berkenaan Kemasukan

Kami akan menghubungi pihak tuan/puan dengan maklumat lanjut sekiranya permohonan daftar untuk anak tuan/puan diterima.

Surat tawaran akan dikeluarkan bagi anak-anak yang berjaya memohon masuk.

Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat baru sahaja dibuka pada tahun 2020.

Ini bermaksud pada tahun 2022, hanya ada tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja.

Tetapi tuan/puan usah risau. Kami jangkakan untuk menambah tingkatan setiap tahun sehingga lengkap semua tingkatan sampai tingkatan 5.

Ya. Kini permohonan asrama sudah dibuka. Sila buat permohonan di pautan ini: Mohon Daftar Asrama.

Tempat yang dibuka di asrama adalah terhad untuk tahun 2022. Penempatan akan diberikan keutamaan yang pada yang mohon awal dan tinggal jauh daripada SMI Hidayah Pasirris BP.

Boleh.

Tuan/puan boleh memohon asrama untuk anak tuan/puan pada bila-bila masa dengan syarat masih ada tempat kosong.

Ini bermaksud sekiranya tempat untuk asrama sudah penuh, kami tidak boleh menerima permohonan baharu.

Berkenaan Perjalanan Sekolah

Anak-anak akan bersekolah bermula jam 8:00 pagi setiap hari. Namun begitu pagar sekolah akan dibuka pada jam 7:30 pagi.

Pada hari Ahad hingga Rabu, waktu pulang adalah pada jam 4:30 petang.

Akhir sekali pada hari Khamis, waktu pulang adalah pada jam 1:30 petang. Melainkan murid yang terlibat dengan mesyuarat kokurikulum – biasanya sehingga mesyuarat tamat (antara 2:30-3:00 ptg).

Boleh. Warden dan murid asrama ada di sekolah. 

Murid yang awal boleh ke kelas atau bersama-sama dengan murid asrama.

Bagi murid SMIH BP, tiada konsep transit. Murid boleh pulang lewat daripada sekolah. 

Sementara waktu, murid boleh turut serta dengan aktiviti murid asrama atau berusaha untuk mencapai sasaran-sasaran amalan Ramadan. 

Buat masa ini makanan ditempah setiap minggu secara dalam talian. Pautan pesanan akan dikeluarkan oleh petugas SIHNiaga setiap minggu. 

iPad tersebut dibeli oleh pihak tuan/puan melalui sekolah. Jadi iPad tersebut adalah milik anak tuan/puan. 

Jadi murid akan membawa pulang iPad setiap hari.

Pun begitu, kami menyarankan untuk tuan/puan meletakkan ground rules / peraturan di rumah berkenaan dengan penggunaan peranti internet seperti iPad. Ini dalam usaha mendidik anak untuk berdisiplin dan beradab dalam penggunaan peranti. 

Boleh rujuk jadual harian asrama sebagai contoh.

Berkenaan Kurikulum dan Kokurikulum

Ya. Di SMIH BP, kami sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan potensi diri masing-masing. 

Murid juga berpeluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan sebagai wakil sekolah di pelbagai peringkat termasuk antarabangsa. Sebagai contoh Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh – Antarabangsa 2021 di mana SMIH BP telah menghantar 10 orang peserta sebagai wakil SMIH BP. 

Para murid juga diberikan tugasan dan tanggungjawab di sekolah sebagai medan untuk membina kemahiran kepimpinan dan pengurusan. Program Remembrance of the Ummah dan Kemerdekaan dilaksanakan sepenuhnya oleh murid tingkatan 2 dengan panduan guru. 

Selain itu murid juga boleh menyertai badan beruniform KRS Musleh, Kelab Qawi sebagai kelab sukan; Kelab Seni Suara dan Kelab Pengucapan Awam sebagai persatuan.

Akan datang, kelab-kelab dan persatuan akan ditambahkan, in syaa ALLAH, selaras dengan perkembangan sekolah.

Kami bertujuan untuk melahirkan Insan Rabbani; manusia yang dekat dengan ALLAH, berilmu dengan ilmu yang benar, beramal dengan amalan yang betul, berakhlak dengan akhlak yang mantap dan memimpin dengan wibawa dan kemahiran.

Berkenaan Yuran

Tuan/puan boleh rujuk di sini untuk maklumat yuran:
Kalkulator Yuran Pusat Pendidikan Hidayah 2022.

Sila pilih Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.

Tuan/puan boleh rujuk di sini untuk maklumat cara pembayaran yuran:
Cara Membayar Yuran Pusat Pendidikan Hidayah 2022.

Sila pilih Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.

Berkenaan iPad | Digital Learning

Untuk tahun 2022, kami akan melaksanakan pembelajaran yang menggunakan platform  pendidikan Apple untuk pembelajaran digital di dalam kelas. 

Setiap murid dikehendaki untuk memiliki Apple iPad untuk tujuan ini. 

Buku teks akan digantikan dengan buku teks digital dan aktiviti di dalam kelas akan mempergunakan teknik hibrid fizikal dan digital untuk keberkesanan dalam pembelajaran. 

Oleh kerana polisi sekolah adalah setiap murid memiliki sebuah iPad, maka SMIH BP juga menyediakan saluran untuk pembelian melalui pihak sekolah dengan menawarkan iPad dengan harga pendidikan serta menyediakan kemudahan bayaran ansuran.

Untuk tahun 2022, ya. 

Ibu / bapa boleh menggunakan iPad sedia ada, membeli sendiri atau membuat pembelian melalui SMIH BP dengan cara bayaran terus atau ansuran. 

Pembelian dengan sekolah akan membolehkan tuan/puan mendapatkan harga iPad untuk pendidikan yang lebih murah.

Tidak. Semua buku teks, latihan dan bahan akan diberikan secara digital. Murid akan menggunakan iPad untuk rujukan. 

Berkenaan Asrama

4:30 – Tamat waktu persekolahan, solat ‘Asar. iPad diletakkan di Charging Station.
5:00 – Aktiviti sukan / riadah. 
6:00 – Khidmat diri dan makan malam.
7:00 – Persiapan Maghrib / Mathurat
7:30 – Solat maghrib, Quran dan tazkirah
8:30 – Solat Isya’
9:00 – Prep. iPad boleh digunakan. 
10:00 – iPad dipulangkan kepada warden. Persiapan untuk esok dan tidur.
10:30 – Lights out.

Tuan/puan boleh rujuk di Taqwim SMIH BP untuk dapatkan jadual outing dan balik kampung.

Berikut adalah senarai keperluan asrama:

  1. Cadar katil single
  2. Bantal dan sarung bantal
  3. Alatan mandi peribadi
  4. Sabun basuh baju
  5. Baldi
  6. Selimut
  7. Penyangkut baju / hanger
  8. Pelitup muka (face mask)
  9. Botol air
  10. Ubatan peribadi
  11. Hands sanitizer
  12. Selipar harian
  13. Keperluan solat
  14. Pakaian harian secukupnya
  15. Kasut sukan
  16. Pakaian dan keperluan sekolah
  17. Mushaf / Qur’an

Soalan anda belum terjawab?

Hubungi kami secara terus