Mengapa Perlu Badan Pakaian Seragam?
Buat pengetahuan ibu bapa, di Sekolah IKRAM Musleh pasukan beruniform yang ditawarkan hanyalah Kadet Remaja Sekolah IKRAM Musleh.
Dalam KRS kami menekankan nilai-nilai seperti:
- Ibadah yang betul – menjaga dalam apa jua keadaan, qiyam, dsb.
- Akhlak yang mantap – berinteraksi dengan guru, kawan dan masyarakat sambil menjaga adab dan tatasusila. Memahami tanggungjawab terhadap tanah air dan negara.
- Mampu berdikari – memasak, mengurus diri.
Melawan hawa nafsu – mengawal kehendak diri yang tidak selari, bangun awal pagi, berdisiplin. - Bermanfaat pada orang lain – memberi khidmat kepada masyarakat, saling tolong bantu, saling tunjuk ajar dan belajar, berkepimpinan dan berpasukan.
Di antara cara kami terapkan nilai-nilai berpasukan ialah dengan pemakaian pakaian seragam.
Pakaian Seragam KRS Musleh
Seragam KRS yang pelajar perlu ada:
- Pakaian seragam penuh No 4.
- Pakaian seragam separuh.
- Pakaian latihan.
Mereka akan pakai ketika:
- Perhimpunan KRS (beberapa kali setahun ikut takwim).
- Mukhayyam Tahunan KRS.
- Latihan-latihan KRS (No 4 untuk kawad) di sekolah.
- Kenaikan pangkat di sekolah (Lans Koperal dan Koperal)
- Kenaikan di peringkat kebangsaan (Sarjan, Staf Sarjan dan Pegawai Waran II).
Jadi memang pelajar WAJIB pakai.
Pakaian Seragam Nombor 4
No 4 Syabab.
Untuk SYABAB/BANIN/LELAKI mesti ada:
- Beret dan lencana beret
- Baju no 4 dan seluar no 4.
- Collar dot.
- Apulet pangkat (bagi yang berpangkat).
- Lanyard berwarna merah tidak bersulam (yang bersulam hanya untuk pegawai).
- Tanda nama hitam tulisan putih (nama sendiri, bukan samaran).
- Lencana poket.
- Tali pinggang warna hijau dengan kepala berlencana KRS.
- Stokin hitam.
- Kasut hitam.
- Boot (tidak wajib beli kecuali pasukan elit kawad sekolah).
No 4 Fatayat. Bulu merah di beret dan sarung tangan hanya untuk kawad.
Khas untuk FATAYAT/BANAT/PEREMPUAN:
- Tudung hijau (dengan lubang bahu untuk pangkat sekiranya berpangkat).
- Baju nombor 4 KRS Musleh (panjang).
Pakaian Latihan
Pakaian latihan Syabab
- Beret dan lencana beret.
- Baju-T KRS berwarna hijau.
- Seluar track hitam.
- Stokin hitam.
- Kasut hitam (sesuai untuk aktiviti).
Pakaian latihan Fatayat.
Tempat Dijual
Pakaian ni boleh dapatkan di kedai-kedai uniform. Beberapa tempat cadangan:
- Syabab Shoppe
- Outpost di Aeon Big, Batu Pahat
- Atau mana-mana tempat yang jual seragam untuk unit beruniform.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh minta kepada orang kedai “pakaian No 4 KRS dengan aksesori”.