Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat

Pengumuman

#KS | Syarat dan Peraturan Acara

Berikut adalah syarat dan peraturan bagi setiap acara yang akan dipertandingkan, setelah diperhalusi keperluan dan perincian.

Syarat dan Peraturan

  1. Semua murid wajib sertai, kecuali yang mempunyai masalah kesihatan. 
  2. Setiap murid akan menyumbang markah kepada pasukan;
    • 10 markah sekiranya dalam 20 minit atau kurang
    • 5 markah sekiranya lebih 20 minit
    • 5 markah sekiranya sakit
    • 0 markah sekiranya tidak menyertai (tidak hadir)
  3. Kedudukan yang pertama sehingga nombor 5 akan menyumbang markah kepada rumah sukan. Markah akan diberikan seperti berikut: 
    • Nombor 1 : 50 markah. 
    • Nombor 2 : 40 markah. 
    • Nombor 3 : 30 markah. 
    • Nombor 4 : 20 markah.
    • Nombor 5: 10 markah.
  4. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15.
  5. Pertandingan akan dijalankan pada hari Isnin (21 / 2).
  1. Bilangan wakil setiap rumah adalah dihadkan kepada 4 orang sahaja. 
  2. Pertandingan akan dijalankan dengan 8 orang serentak. 
  3. Pemenang akan dikira berdasarkan masa yang terpantas. 
  4. Pengadil garis penamat akan menentukan pemenang dan kedudukan 2, 3, dan 4. 
  5. Keputusan pengadil garis penamat adalah muktamad.
  6. Kedudukan ahli pasukan akan menyumbang markah kepada rumah sukan. 
    • Nombor 1 : 40 markah. 
    • Nombor 2 : 30 markah. 
    • Nombor 3 : 20 markah. 
    • Nombor 4 : 10 markah.
  7. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15. 
  1. Setiap rumah sukan boleh menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada 4 orang ahli. 
  2. Pemenang akan dikira berdasarkan masa yang terpantas. 
  3. Pengadil garis penamat akan menentukan pemenang. 
  4. Keputusan pengadil garis penamat adalah muktamad.
  5. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan kepada kedudukan. 
    • Nombor 1  : 80 markah. 
    • Nombor 2 : 40 markah.
  6. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 5 orang sahaja. 
  2. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada peraturan “best of 3 sets“. 
  3. Masa untuk satu set adalah 10 minit. 
  4. 4 biji bola akan disediakan. 
  5. Setiap pasukan perlu menyingkirkan semua ahli pasukan lawan untuk memenangi satu set. 
  6. Sekiranya masa tamat tanpa mana-mana kumpulan disingkirkan semua ahlinya, kumpulan yang memenangi set adalah kumpulan yang paling banyak ahli masih hidup.
  7. Ahli kumpulan lawan hanya boleh disingkirkan dengan “bola hidup“. 
  8. Sekiranya bola tersebut telah menyentuh lantai, net atau orang, maka bola tersebut dikira “bola mati“.
  9. Peserta yang menangkap bola dikira telah menyingkirkan pelontar bola dan diberikan peluang untuk menghidupkan seorang ahli yang telah disingkirkan.
  10. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  11. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan kedudukan.
    • Nombor 1 : 100 markah. 
    • Nombor 2 : 50 markah.
  12. Pertandingan akan dijalankan untuk satu kategori; L15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 5 orang sahaja. 
  2. Satu gelanggang akan disediakan. 
  3. Satu pasukan akan mengambil giliran bertahan. Kumpulan ini akan masuk ke dalam gelanggang.
  4. Pasukan satu lagi akan menyerang. Kumpulan ini di luar gelanggang. 
  5. Kumpulan yang menyerang diberikan dua biji bola. 
  6. Kumpulan yang menyerang perlu menyingkir semua ahli kumpulan bertahan dalam masa yang paling singkat. Masa ini dicatatkan apabila semua ahli kumpulan bertahan telah disingkirkan. 
  7. Kumpulan menyerang dan bertahan akan bertukar giliran. 
  8. Ulang langkah 3-6. 
  9. Set akan dimenangi oleh kumpulan yang mengambil masa paling singkat untuk menyingkirkan semua ahli pasukan lawan.
  10. Ulang sehingga salah satu kumpulan memenangi dua set.
  11. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  12. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan kedudukan.
    • Nombor 1 : 100 markah. 
    • Nombor 2 : 50 markah.
  13. Pertandingan akan dijalankan untuk satu kategori; P15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 2 orang sahaja. 
  2. Satu gelanggang akan disediakan dan disertakan dengan halangan-halangan yang sesuai. 
  3. Setiap separuh pusingan dimainkan oleh seorang Chaser daripada satu pasukan dan seorang Runner daripada pasukan satu lagi. 
  4. Satu pusingan adalah apabila lengkap dua separuh pusingan; iaitu kedua-dua pasukan telah menjadi Chaser dan Runner
  5. Setiap separuh pusingan adalah selama 20 saat.
  6. Dalam tempoh tersebut Chaser perlu mengejar dan menyentuh Runner.
  7. Sekiranya berjaya disentuh, separuh pusingan tersebut dimenangi oleh Chaser. Markah diberikan adalah 2.
  8. Sekiranya gagal disentuh, separuh pusingan tersebut dimenangi oleh Runner. Markah diberikan adalah 1.
  9. Setelah selesai, ulang langkah 3-7 dengan menukar peranan Chaser dan Runner kepada pasukan lawan. 
  10. Pasukan yang menang adalah pasukan yang berjaya memenangi 3 pusingan. 
  11. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  12. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan bilangan set yang dimenangi. Satu set bersamaan 20 markah.
  13. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 2 orang sahaja. 
  2. Gelanggang akan disediakan di tempat yang sesuai. 
  3. Satu pusingan adalah sehingga 21 markah. 
  4. Pemenang adalah pasukan yang memenangi 3 set daripada 5. 
  5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  6. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan bilangan set yang dimenangi. Satu set bersamaan 20 markah.
  7. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar 4 orang wakil rumah sahaja untuk setiap kategori. 
  2. Gelanggang akan disediakan di tempat yang sesuai. 
  3. Satu pusingan adalah sehingga 21 markah. 
  4. Pemenang adalah yang memenangi 2 set daripada 3. 
  5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  6. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan kedudukan: 
    • Nombor 1 : 40 markah. 
    • Nombor 2 : 30 markah. 
    • Nombor 3 : 20 markah. 
    • Nombor 4 : 10 markah. 
  7. Pertandingan adalah berbentuk kalah mati. 
  8. Kedudukan ditentukan dengan pertandingan akhir dan penentu nombor 3 & 4. 
  9. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar 2 orang wakil sahaja untuk setiap kategori. 
  2. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan kedudukan:
    • Nombor 1 : 40 markah. 
    • Nombor 2 : 30 markah. 
    • Nombor 3 : 20 markah. 
    • Nombor 4 : 10 markah. 
  3. Pertandingan adalah berbentuk kalah mati. 
  4. Kedudukan ditentukan dengan pertandingan akhir dan penentu nombor 3 & 4. 
  5. Pertandingan akan dijalankan untuk dua kategori; L15, P15. 
  1. Setiap rumah boleh menghantar 2 orang wakil sahaja untuk setiap kategori. 
  2. Markah Rumah Sukan akan diberikan berdasarkan kedudukan:
    • Nombor 1 : 40 markah. 
    • Nombor 2 : 30 markah. 
    • Nombor 3 : 20 markah. 
    • Nombor 4 : 10 markah. 
  3. Pertandingan adalah berbentuk kalah mati. 
  4. Kedudukan ditentukan dengan pertandingan akhir dan penentu nombor 3 & 4. 
  5. Pertandingan akan dijalankan untuk satu kategori; P15.