Di SMI Hidayah Pasirris BP, kami bercita-cita agar murid dapat membina keyakinan dan kemahuan untuk belajar daripada dalam diri mereka sendiri.
Akan tetapi proses ini memerlukan guru memberikan ruang kepada murid untuk meneroka kemampuan diri dan minat.
Oleh itu kami berikan masa untuk mereka melaksanakan pembelajaran kendiri.
Waktu ini adalah waktu di mana murid menentukan sendiri apa yang mereka ingin pelajari ATAU melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh guru.
Peranan guru ketika ini adalah untuk memudahcara dan memantau bahawa murid melaksanakan proses ini dengan baik; i.e. mempunyai hala tuju dan memenuhi masa dengan baik.
Agar proses ini tidak disia-siakan, kami meletakkan beberapa garis panduan untuk diperhatikan:
- Setiap waktu SS akan dipantau oleh guru yang ditugaskan.
- Setiap waktu SS ditetapkan subjek.
- Guru subjek boleh memberikan tugasan / arahan yang jelas supaya pembelajaran murid terarah.
- Sekiranya murid telah ada topik yang ingin diberikan perhatian / fokus, guru memudahcara proses merangka pembelajaran kendiri tersebut.
Proses ini adalah sangat berorientasikan keperluan murid untuk meningkatkan diri.
Dengan ini diharap murid dapat membina minat dan kemahuan untuk meningkatkan diri.
WALLAHU a’lam.