Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat

Pengumuman

Persediaan Hari Pertama Persekolahan

  1. Yuran pendaftaran telah dibayar sepenuhnya. Bagi murid asrama, yuran pendaftaran dan yuran tahunan asrama telah dibayar sepenuhnya.
  2. Bagi murid baharu, dokumen untuk serahan seperti dalam lampiran 5 surat tawaran termasuk wang proses RM50 boleh diserahkan dalam tempoh seminggu pertama persekolahan. Dokumen boleh dibawa oleh murid untuk diserahkan kepada guru kelas.
  3. Murid memakai pakaian seragam sekolah lengkap. Bagi murid yang baru mendaftar dan belum sempat membeli baju seragam, boleh memakai baju kemeja dan seluar slack bagi banin atau baju kurung dan tudung labuh bagi banat.
  4. Murid baharu yang belum mendapat iPad hanya perlu membawa alat tulis dan mushaf al-Quran ke sekolah. Tempahan iPad bagi murid yang baru mendaftar akan dibuka kemudian.
  5. Bagi murid yang telah menempah makanan dengan kantin, diminta membawa bekas makanan kantin (jika masih ada). Letakkan bekas makanan tersebut di dalam bakul mengikut kelas di Hentian Hidayah.
  6. Murid akan terus masuk ke kelas. Kedudukan kelas adalah seperti berikut:
    3 at-Tauhid – perpustakaan
    2 al-Adab – makmal komputer
    1 ar-Raqaaiq – musolla

Semoga Allah memudahkan urusan semua untuk hadir ke sekolah dalam keadaan sihat dan ceria.

Pengetua
Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.